Saturday, February 13, 2010

kekuasaan..


saya tidak dapat menghabiskan semua masa saya dengan study, so inilah hasilnya. menulis blog ni lah peneman saya.

topik hari ni sangat berkaitan pada keadaan sekarang. mase peralihan kuasa atau jawatankuasa dalam setiap organisasi. semua sedang perah otak untuk memilih mereka yang bakal penggerak agar ia selari dengan apa yang di bawa sebelum ini. selari bukan bermaksud jumud tapi asas mereka perlu sama. pembaharuan tidak lari dari apa yang telah di gariskan.



tidak kurang juga yang beria-ia untuk mendapat kekuasaan itu. nasihat saya hati-hati. seperti anda berebut-rebut menjadi imam solat, banyak yang anda kena tanggung selain apa yang anda sendiri, anda juga perlu tanggung orang lain. itu belum masuk persoalan ada makmun yang tak suka anda jadi imam. berhati-hati, ia bukan satu anugerah atau populariti tapi satu amanah.

persoalan di sini kenapa perlu mereka yang berkuasa?
kerana merekalah yang mencetus dan menghalatujukan sebuah jemaah atau organisasi. tapi ketaatan kepada mereka memerlukan syarat iaitu tidak melanggar syariat Allah dan sunnah nabi.


"Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu sekalian kepada Allah dan taatlah kamu sekalian kepada Rasul dan kepada orang-orang yang berkuasa di antara kamu. Maka jikalau kamu berbantahan dalam satu perkara, hendaklah kamu sekalian mengembalikannya kepada Allah dan Rasul, jika kamu sekalian beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu, sebaik-baik dan sebagus-bagus keputusan." (an-Nisa' : 59)

kenapa Allah tidak meletak perkataan 'taatlah' spesifik kepada orang-orang berkuasa seperti Allah dan rasul? sebab ketaatan kepada mereka tidak mutlak sebagaimana Allah dan rasul. mereka bukan maksum dan jauh dari kesilapan. jika ada kesilapan kita boleh tegur.


Apabila 3 orang bermusafir, maka hendaklah ada di kalangan mereka itu yang dilantik sebagai ketua.(sabda nabi)

Ibnu Khaldun ada menyebut bahawa : sesungguhnya perlantikan imam (ketua pemerintah) adalah wajib. Kewajipan ini adalah di sisi syarak berdasarkan ijmak sahabat dan tabi'en.

persoalan kedua kekuasaan itu milik siapa? orang islam yang berkelayakan. ciri-ciri dan sifat pemimpin yang baik di perbincangkan oleh al farabi, ibnu khaldun dan imam ghazali.

Al-Farabi

Kesempurnaan tubuh badan, pengetahuan yang luas, menggambarkan apa yang dikata, kesempurnaan ingatan, kesanggupan menyampaikan sesuatu dengan sebenar berdasarkan kecintaan ilmu,lapang hati, dan cintakan keadilan, bencikan paksaan, kesanggupan memberi keadilan tanpa paksaan, tidak mengenal erti takut dan mengerjakan mengikut keyakinan dan punya kekayaan ( memadai untuk tanggungjawab diri ).

Ibn Khaldun

Suka memaafkan kesalahan, suka melindungi golongan yang lemah, murah hati pada tetamu, memelihara orang miskin,sabar dalam kesusahan, jujur dalam kata dan laku, menghormati agama dan ulamak’ serta guru dan orang berilmu, tidak sombong khususnya pada fakir miskin, suka mendengar teguran, punya semangat berjemaah, hargai dan menghormati kawan, menempatkan orang-orang yang layak di tempat yang perlu dan jauhi kehidupan mewah.

Al-Ghazali

Punya daya intelek yang tajam, berpengetahuan, berani, sayang pada rakyat, diplomatik, jauh pandangan, tegas dan benar-benar berazam, menentukan semua pegawai-pegawai,ketua-ketua,dan wakil menjalankan tugas mereka dengan baik dan sempurna.

tidak senang mencari mereka yang punya penuh kriteria diatas. itu menjadi tanggungjawab mereka yang memilih pula untuk menentukan mereka yang berkelayakan. solat istikharah juga perlu.


persoalan ketiga, kenapa islam perlu ada kekuasaan?
jawapan senang, demi menjaga islam dan seluruh makhluk Allah.


Berkata Imam Ibnu Taimiyah : sesungguhnya pemerintahan (kuasa bagi Islam) bagi menguruskan sesuatu urusan manusia merupakan salah satu daripada sebesar-besar kewajipan di dalam Islam. Bahkan tidak mungkin berdirinya (sempurna dan teguh) agama melainkan dengan adanya kuasa pemerintahan.

dalam kitab ihya' ulumuddin

"agama itu merupakan asas manakala kuasa itu pengawal. Dan apabila tiada asas maka sesuatu perkara itu tiada. Dan apabila tiada pengawal bagi asas itu, maka akan sesuatu itu akan lenyap."

nah, sedarlah kita terhadap kewajipan yang ada. kekuasaan islam itu perlu. gunakan setiap peluang yang ada untuknya. bagi yang telah di beri taklifan ,renungkan ayat quran berikut


Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia Dengan (Hukum syariat) Yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana Yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang Yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab Yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. – Surah Sad : 26

wallahu'alam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...