Sunday, February 21, 2010

malu...

kadang kadang saya teragak-agak jugak untuk menulis pasal diri dalam blog ini. malu rasanya. kalau mereka yang mengenali saya di alam realiti pasti macam tak kenal saya kan. baik sangat kot dalam blog ni sedangkan kat luar jenis yang 'huha huha'. tak pelah. bagi yang kenal buatlah seperti sebuah cerita dongeng. yang penting apa yang saya nak sampaikan adalah ibrah dari setiap kejadian. kejadian setiap manusia kadang kadang sama, situasi yang di alami serupa tapi cara pemerhatian itu  yang berbeza. saya tak dapat buat sesuatu tanpa bersebab. menulis juga begitu.

teringat saya hadis yang di pelajari masa sekolah menengah

'malu itu sebahagian daripada iman'

bila kita mengatakan mengenai malu pasti pandangan kita kepada perempuan. sedangkan sifat malu itu ada dalam setiap manusia malah di tambah lagi kepada setiap muslim. malu boleh di bahagikan kepada 2 bahagian

1. malu fitrah
malu fitrah ni ada pada setiap manusia. di lahirkan dengan punya perasaan ini. contohnya malu tidak berpakaian di khalayak ramai. tapi sekarang perasaan ini semakin terhakis.

2. malu iman
malu yang kita perolehi setelah mengenal tuhan. lahirnya bila kita bersyukur dengan segala nikmat dan kekurangan kita dalam menunaikan hakNya.

malu iman inilah yang kadang kala tidak di perasaan oleh muslim. malah jika dia diambil berat pasti malu fitrah juga termasuk dalamnya. ada pula yang malu bukan pada tempatnya. pernah saya mendengar perbualan sahabat dengan non muslim.

"nak pegi mane?" tanya non muslim itu

"errrmmm.. ke sana jap." kata sahabat sambil menunjukkan arah

sedangkan sebenarnya dia hendak pergi sembahyang. apa salahnya beritahu nak pergi sembahyang? malukah? sedih benar bila ada mereka yang merasakan agama yang mereka anuti ni iaitu islam adalah sesuatu yang memalukan. tidak merasa bahawa agama ini adalah yang paling tinggi dan tiada yang tinggi selainnya. semua salah umat islam itu sendiri. kita tidak tegas dengan pendirian. sampaikan sekarang ada yang mempertikaikan kita curi masa kerana solat. masyaAllah...

ada juga mereka yang malu qadha solat kerana takut orang lain lihat. padahal itu adalah tuntutan. adakah malu kita kepada manusia melebihi malu kita kepada Allah? tepuk dada tanya iman.

teringat saya dengan kisah imam hanbali ketika di penjarakan semasa pemerintah muktazilah yang memaksa beliau supaya mengatakan bahawa al quran itu makhluk. beberapa tahun beliau di di penjara dan di seksa. di tanya bagaimana beliau boleh bertahan selama ini. beliau menjawab kerana seorang pemuda yang di kenali dalam penjara. pemuda itu di tahan dan di seksa kerana mencuri dan dia tidak mengaku walaupun itu perbuatannya. melihat pemuda itu imam hambali teguh dengan akidahnya. jika pemuda itu dapat bertahan akan kebatilannya mana mungkin beliau perlu menjual akidahnya yang pasti akan kebenaran. malu kerana iman.

hebat malu ini. bukan sekadar menjaga seorang perempuan tapi sebagai inducer kepada pejuang-pejuang hebat di medan juang. tanyalah diri kita sekarang. malukah kita?

wallahu'allam

p/s: esok exam internal medicine.  lusa pula JKM. doakan diri dan sahabat2 dapat menjawab dengan  tenang dengan izin Allah.

7 comments:

Anonymous said...

haha..gambar bear tu menarik aku mengomen disini..sorilah mengacau aje..takpe mizan..yg penting you know urself who u really are..pandangan org tu penting juga, tp tak semestinya tepat..ader yg bole ikut ader yg tak boleh..tpulang pd diri sendiri tuk menilainya..alamak terpjg pulak comment, sori..gud luck exam, doakan kejayaan kite semua 3rd year medical student!

Unknown said...

heheh. betul2..ko baca habis x? aku bukan nak ckp yg perenggan atas tu tapi yang bawah dia . adoi...

Unknown said...

adakah perlu padam intro setiap entry? hahaha. suke hati lah

mar masri said...

mije...malu r nk bc blog ni smpai abis(wat muke ala-ala bear kt ats tu)hoho~

hmm...rupe2 nyer ade smbungan lagi ye..x perasan plak..

Unknown said...

ni dh tersalah tafsir ni. hihihi
style baru buat read more. all d best exam

Anonymous said...

tu la pasal..ak dah comment baru terbaca ada sambungannya..haha..alamaks..sori2..kiter samer la mar..

"adakah perlu padam intro setiap entry? hahaha. suke hati lah" <- ni soklan tuk sape jwb nih? aku tidak memahaminyer

Unknown said...

nmpknya style ni x berapa berkesan hihihi
xyah jawab. saje je. suke bertanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...