Wednesday, March 3, 2010

datang dan pergi..

malam sebelum osce saya dapat berita yang menggembirakan. emak telefon memberitahu yang kak ipar saya telah masuk hospital untuk bersalin. katanya mungkin dapat anak lelaki sebab saya pun di lahirkan pada hari yang sama iaitu hari isnin. pukul 11.04 malam abang saya sms, saya dapat anak buah ke 2. baby boy. bukan main gembira ni. setelah lama dalam keluarga kami tak di lahirkan anak lelaki, saya merupakan lelaki yang terakhir. akhirnya malam itu jawatan saya telah pun di lucutkan. alhamdulillah...

pada malam yang sama, pukul 11.45 malam, sahabat saya dari azhariah telah kembali ke rahmatullah di HUSM kerana h1n1. begitu saya tidak dapat mempercayainya. masih muda. sama umur dengan saya. walaupun tidak rapat kerana lain jantina tapi saya masih dapat terbayang mukanya. tiba-tiba hati saya berdebar. sering kita membicarakan untuk mengingati mati, malam itu saya rasa dekat dengan kematian. baru terasa perasaan bahawa ajal maut tak mengenal usia. alfatihah...

begitulah kdehidupan kita. sering ada yang datang, sering juga ada yang pergi. tiada yang kekal selamanya. sejauh mana kita menolaknya, dia akan datang. sejauh mana kita merintih memintanya, dia akan pergi. sunnah kehidupan memang begitu. janganlah terlalu kita berharap akan sesuatu. serahkanya pada yang MAHA SATU.

Manusia merancang,Allah Merancang dan sebaik2 perancangan adalah perancangan ALLAH
tapi apa yang kekal?

yang kekal hanya ALLAH. jika kita yakin Allah itu kekal pasti kita akan selalu denganNya. sentiasa rindu ingin berjumpa denganNya . mustahil kita akan mengecewakanya. mustahil kita kita akan melanggar perintahnya. Allah sentiasa ada dan tahu akan keadaan setiap hambaNya.

baby baru ni ada masalah sedikit, tak dapat keluar hospital lagi. katanya akibat meconium aspiration. tapi kami yang belajar medic ni confius bagaimana bleh berlaku. apapun, doakan dia selamat kerana zuriat hafiz dan hafizah ini insyaAllah bakal menjadi salah seorang pejuang agama.
buat nazariah, doakan ditempatkan bersama mereka yang solehah. amin..

dari Allah kita datang dan kepada Allah kita di kembalikan


p/s: hari ni pergi hospital serdang dan jumpa family. tapi xtau nak blik umah bler.huuuu

2 comments:

azira zahadi said...

Salam..
tahniah, hmm, bestnye dpt anak buah..
Kalau ank sndiri, lg sronok kot..huhu..
Insya Allah, lahir seorg lagi mujahid islam pewaris nabi dan para ulama'.

Takziah bt shbt..Moga Allah mencucuri rahmat dan kasih syg bt nya..

Anonymous said...

salam..
tahniah dapat anak buah baru.. :)
semoga ia mengikut jejak langkah pakciknya..

dan takziah juga buat sahabat.. semoga dia ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan bertaqwa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...