Monday, December 21, 2009

air dicincang.....




alhamdulillah.. setelah penantian sejak 21 tahun yang lalu akhirnya sampai jugak ke tanah tinggi cameron yang di gembar gemburkan. walaupun cuti yang singkat yang patut di guna untuk berehat tapi saya gunakanya untuk keluarga. bukankah itu lebih baik?

komen tentang cameron?
kalau mengikut nafsu yang liar ini, saya mengatakannya biasa je. nak kata menyeronokkan, tanpa keluarga tak seronok pun. ia cuma medium bagi kami.
tapi dalam pemerhatian, ia mungkin 'syurga' bagi perempuan. seronok je kaum-kaum hawa yang saya bawa ni. ikuti dialog saya dengan mak yang sedang membeli bunga yang berharga rm40.

"mahalnyo ma, baik beli mugo lain" setelah saya diberitahu harga bunga tu

"tu la, nk mitok kure sapa 35 nih" mak cuba negotiate dengan peniaga tu

"tak payah beli la, nak wak gapo bungo nih?" tanya saya

"sajo wak tengok2" mak menjawab dengan tenang

"kalu gitu amik gamba pahtu frame la tengok kat umoh" lalu mak terus suruh saya pergi main jauh-jauh sambil tersenyum. tak faham2....

air di cincang tak akan putus

p/s: masuk posting baru. jabatan kesihatan masyarakat. pegi lecture

Wednesday, December 16, 2009

hari-hari kita 'short case'


masih teringat-ingat jawapan saya yang terang-terangan salah masa short case semalam. saya pun pelik kenapa saya boleh memberi jawapan itu sedangkan sign-sign yang terpampang amat jelas. Allah....

bagi yang tidak tahu, short case merupakan exam oral secara spontan di hadapan specialist. patient di sediakan untuk kita examine and come out with diagnosis dan differential diagnosis. 8 minggu yang di peruntukan untuk belajar di asses dengan hanya 20 minit. 2 case. jika fail, reseat posting la jawabnya. kena tambah 3 minggu lagi.

sedar atau tidak, semua manusia menghadapi 'short case' setiap masa. kita di asses sepanjang hidup melalui amalan kita. dengan ilmu yang kita ada kita di asses. resultnya antara dosa dan pahala. tapi malangnya kita tidak hadapinya seperti sebuah exam.

Maka sesiapa yang berbuat baik seberat biji sawi nascaya Allah akan membalasnya. Dan sesiapa yang berbuat jahat seberat biji sawi nescaya Allah akan membalasnya. (Az-Zalzalah: 7,8)

macam mane kita hadapi exam??
mestilah rapi persediaannya. sedikit lupa pasti akan terus memperingatinya. berhati-hati dalam menjawab. sering bertanya kawan-kawan jika ada kemusykilan. hebatkan..
kalaulah begitu setiap masa..

kita selalu lupa beramal dengan apa yang kita belajar. lupa hukum hakamnya sampaikan kita melanggar. kita lihat contoh zaman sahabat-sahabat nabi bagaimana mereka bilamana di turunkan wahyu kepada mereka. setiap mereka malu untuk menghafal ayat al quran yang seterusnya jika belum beramal ayat yang sebelumnya.

Allah maha adil. bagaimana? Dia provided 2 pegawai pemeriksaan yang tidak akan bias. dua pegawai peperiksaan yang menjawat jawatan jawatan Katibin (malaikat penulis) yang disifatkan tuhan sebagai Raqib (yang menulis dan mencatat amalan) dan Atid (yang sentiasa bersama manusia dan tidak berpisah) yang mana mereka berdua akan menulis setiap perbuatan atau perkataan kita. kita tidak perlu risau akan keadilannya. dan yang paling penting setiap amalan tak akan terlepas pandang.

Dan sesungguhnya terdapat malaikat penjaga pada setiap manusia. Mereka yang mulia dan menulis setiap perbuatan dan perkataan manusia. Mereka mengetahui apa yang manusia lakukan. (Al-Infitor: 10-12). Setiap perkataan yang terbit dari mulut manusia akan dicatit oleh malaikat yang bersifat Raqib (yang menulis amalan) lagi Atid (sentiasa berada disamping manusia dan tidak berpisah). (Qaf: 18).

kita juga punya peluang untuk berubah. bukan 20 minit menentukan segala-galanya. Allah maha menyayangi, memberi peluang untuk kita reseat pada bila-bila masa. syaratnya kita betul-betul sedia. jangan sampai kita fail sebelum 'reseat short case'.

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Az-Zumar: 53)

jadi, ingatlah bahawa kita tengah exam sekarang. berhati-hatilah dengan setiap langkah, setiap bait kata-kata, setiap berprasangka. sehingga kita di anugerahkan 'sijil' samaada melalui tangan kanan ataupun tangan kiri. Allah itu maha melihat dan maha mendengar.

"Maka adapun orang yang beriman yang menerima buku amalannya dengan tangan kanannya seraya mereka berkata “Ambillah wahai manusia kitab amalanku ini dan bacalah. Kejayaanku ini kerana aku yakin bahawa aku percaya aku akan dihisab di hari kiamat." (Al-Haqqoh: !9,20)



wallahu'allam

p/s: balik cuti 4 hari sebelum masuk posting baru


Saturday, December 12, 2009

parti islam namanya..


dalam keterbatasan masa ni saya tak dapat nk update tapi tak mahu blog ini terus sepi tanpa isi. so, saya ingin berkongsi tulisan kawan sekolah rendah saya, saudara zaim yang mana saya kagum dengannya sekarang ini( copy la maksudnya). moga- moga ada manfaat...


FIS Algeria:Teladan Bagi Parti Islam Seluruh Dunia
“Mereka kata, kita tak join PAS sebab PAS lemah tarbiah, jadi kami berukhuwah dan di tarbiah dalam jemaah kami ini yang menekan aspek-aspek itu,walaupun PAS menang, Islam belum tentu dapat ditegakkan di Malaysia, dan kalau menang, mungkin PAS akan tumbang seperti parti Islam di Algeria”

Di atas adalah kata-kata seorang pelajar junior di Kaherah, pada masa itu kami sempat berbual pendek di sebuah majlis Perubatan. Dia sempat bercerita kepada saya tentang keterlibatannya dengan satu ‘jemaah’ barunya yang berpendirian atau memilih untuk tidak bersama PAS dalam memperjuangkan Islam di Malaysia sama ada politik atau tarbiah.

Hujahnya kelemahan PAS
Setahun kemudian, saya jumpa lagi dengannya dalam satu majlis.

“Saya dah keluar! Saya dah tahu siapa mereka” luah dia kepada saya.

Saya hanya mampu tersenyum, saya tahu, budak sebijak dia tidak semudah itu untuk menjadi manusia yang direkrut yang memperkuatkan jemaah yang melemahkan gerakan Islam yang lain, pada masa yang sama memperkuatkan UMNO.

Kisah junior tahun 2 medik Kaherah itu sangat memberi kesan pada saya tentang Algeria, hujah ‘jemaah’ lama si junior dengan parti Islam di Algeria membuatkan saya tercari-cari fakta kebenaran, dan ternyata saya temui, parti Islam Algeria tidak seburuk yang digambarkan ‘jemaah’ itu.

Usianya pendek. Namun, akan dikenang sebagai sebuah gerakan Islam yang mampu diterima oleh rakyat. Kerana, ia konsisten dalam berjuang sebagai parti Islam. Perkembangan dan sejarahnya dimatikan oleh pemerintah.

Pada akhir 80-an dan awal 90-an, hampir semua gerakan Islam dunia mengenali FIS. FIS atau Front Islamic du Salut (Islamic Salvation Front) atau dalam bahasa Melayu ialah Barisan Penyelamat Islam adalah sebuah parti politik di Algeria berideologi Islam.

Sehinggalah pada tahun 1988, di Algeria hanya ada satu parti politik iaitu FLN (National Liberation Front). Namun ketika meletus penentangan terhadap pemerintah dan FLN, presiden Algeria ketika itu, Chadli Bendjedid (sekali gus merangkap sebagai setiausaha Agong FLN), terpaksa mengizinkan berbagai perubahan baru.

Setahun kemudian, berdirilah FIS. FIS didirikan di atas kesedaran masyarakat Algeria yang beragama Islam. Bertahun-tahun masyarakat Muslim Algeria kecewa terhadap pemerintah yang berorientasikan sekular,serta negaranya tidak mengalami kemajuan. Selain itu, pemerintah Algeria pada ketika itu tidak mengakomodasikan kepentingan umat Islam.

Benjedid sendiri memerintah sejak tahun 1978, meneruskan kepemimpinan Boumedienne yang juga berideologi sekular. Boumedienne sendiri berkuasa kerana menggulingkan presiden Bella pada tahun 1962. Secara automatik, sejak tahun 1988 itu, muncul beberapa kumpulan pembangkang di Algeria. Namun begitu, hanya FIS yang berjaya menyerlah ke permukaan dan meraih simpati masyarakat.

Tetapi kenapa FIS dapat menyerlah? Ini kerana FIS konsisten berjuang dengan program-program dan asas Islam.

Masyarakat Algeria yang sudah lama hidup dalam belenggu dan suasana sekular, tidak disangka-sangka lebih memilih FIS. Walaupun majoriti rakyat beragama Islam, namun kehidupan dan budaya hidup masyarakat Algeria tidak jauh bezanya dengan masyarakat Perancis atau Eropah,dan kecenderungan mereka terhadap FIS adalah sangat menghairankan banyak pihak. Sekalipun hidup dalam hedonis, tapi untuk urusan pemerintahan, rakyat Algeria lebih percaya pada konsep Islam.

FIS menggunakan peluang keemasan dengan baik, iaitu dengan tidak tertarik akan ideal “berpura-pura” menjadi sekular, seperti menjadi parti terbuka atau nasionalis untuk menarik simpati masyarakat. Mereka tetap konsisten dengan nilai dan prinsip Islam, baik di dalam parti ataupun pendirian luar terhadap parti atau golongan serta pemerintah.

Pada pilihan raya 1991, setelah dua tahun berdirinya FIS, partai ini meraih 54% undi keseluruhan dan mendapat 188 kursi di parlimen atau menguasai 81% kerusi. Suatu pencapaian yang fantastik! Pada pilihan raya pusingan kedua, FIS diisytiharkan menang mutlak.

Pada undian putaran pertama 20 Jun 1991, FIS memenangi 54% undi dan mendapat 188 (81%) kursi di parlimen. Umat Islam Algeria menyambut gembira Kemenangan FIS.

Namun tidak dengan Benjedid. Presiden itu yang kemudian mengundurkan diri setelah kekalahan partinya segera berkonspirasi dengan pihak-pihak yang tidak ingin Islam tampil dan FIS berkuasa. Maka Benjedid pun menggalang kekuatan tentera. Tentera, dengan segala jenteranya dan tidak semena-mena, membubarkan parlimen Algeria serta membatalkan keputusan pilihan raya.

Mohammed Boudiaf, mewakili pihak tentera, segera mendirikan Dewan Tertinggi Negara, dan kemudian bertindak sebagai pemerintahan sementara, dengan tidak mempedulikan mana-mana undang, mengumumkan bahawa Algeria berada dalam keadaan darurat.

Align CenterBoudiaf menjadi penguasa baru di Aljazair. Ia merencana pelbagai tindakan untuk mengharamkan FIS dan mengisytiharkannya sebagai parti politik haram. Ribuan anggota dan pendukung FIS ditangkap dan di humban ke dalam penjara, dan ada juga yang dibunuh. Pemimpin FIS Abassi Madani dan Ali Belhadj dipenjarakan. Tidak lama kemudian Boudiaf sendiri mati dibunuh oleh Leftenan Mohammed Bumaaraf yang berusia 26 tahun. Sejarah berulang lagi, Algeria tidak pernah lepas dari pemberontakan dan pembunuhan. Ini berbeza jika FIS memerintah, kerana walaupun memperjuangkan ideologi Islam, FIS tidak sekalipun merugikan kepentingan golongan lain.

Kini Algeria diperintah oleh Abdul Aziz Boetuflika yang juga sekular. FIS sudah tidak ada lagi di negara ini. Namun pelajaran besar dari FIS adalah jangan pernah menanggalkan prinsip perjuangan sebagai parti Islam walaupun di tengah masyarakat yang sekular.
Ini Kerana,walau bagaimana jahiliahnya umat Islam di sebuah negara, jauh di lubuk hatinya mereka menginginkan sebuah parti Islam yang benar-benar Islam. Bukan partai Islam 'palsu' dan dipimpin para penjenayah politik, yang bertindak-tanduk hampir tidak ada bezanya dengan parti sekular, yang menghalalkan segala cara untuk mendapatkan kekuasaan dan berkomplot dengan penguasa sekular.

Meskipun, akhirnya FIS dibubarkan oleh kuasa tentera Algeria, tapi itu jauh lebih terhormat daripada menjadi pak turut kepada kekuasaan sekular.

wallahu'alam

Friday, December 11, 2009

kenapa saya menulis..


kenapa saya menulis?? sebab seronok baca blog-blog orang lain. di ibaratkan hidup mereka di catat atas sesuatu. seronok membaca perjalanan hidup mereka yang penuh makna, penuh dengan isi tanpa sedikitpun terluang dengan kelalaian. ada kawan saya menulis antara sebab-sebab kita semua menulis:

ada perkara yang tidak aku pandai ungkapkan dalam kata-kata
atau
ada perkara yang bila diungkapkan dengan kata-kata lain pula jadi mesejnya
atau

aku sejenis orang yang pendiam ?
atau
tulisan mampu memberi masa aku memikrkan perkara apa yang hendak disampaikan

atau
inilah cara aku mengabadikan memori yang aku lalui
atau
ingin mencurahkan rasa hati yang tidak dapat diluahkan

atau
ingin membalas dendam terhadap diri yang tidak mampu membalas
atau
ingin memberi pengajaran yang diteladani
atau

berkongsi ruang hidup yang dilayari dari sehari-ke sehari
atau
ingin berkongsi hikmah yang diimani
atau
inilah dakwahku
atau
aku ingin menarik perhatian orang terhadap diriku
atau
kerana perhatian yang sering diberikan padaku ingin aku perbetulkan kesilapanku supaya tidak diikuti oleh mereka yang memerhati
atau
seronok tengok orang lain tulis blog, pastu lawa-lawa pulak tu
atau
tidak ingin ketinggalan
atau
sekadar ingin mewarnai kehidupan ku dan kehidupan si pembaca..


yang mana satu ek? ntah la....

saya pernah di beritahu saya banyak menulis tentang pengalaman. tak malu ke? mcm mana nak malu bukan semua kenal saya, semua orang punya pandangan lain, semua orang ada hak menyampah, semua orang ada hak memberi pandangan. terima je dengan hati terbuka.

salah satu kelebihan membaca dan menulis adalah kita mempunyai masa untuk berfikir sebelum luahkan apa yang terbuku. punya masa melihat dari sudut perspektif yang berbeza. saya mengambil masa paling lama 30 minit untuk setiap post.

saya suka menulis berdasarkan penjalanan hidup kerana ia lebih bersifat realistik. bukanlah atas angin. saya suka mendengar dan membaca karangan tok guru nik aziz juga atas sebab yang sama. ia membuat saya lebih faham petunjuk-petunjuk yang Allah dan nabi berikan melalui quran dan hadis. tidak sama dengan belajar sahaja. konsep sama apabila kita belajar secara teori mengenai samak tapi tidak pernah mempraktikkannya. adakah kali pertama kita melakukannya adalah tanpa was-was jika tiada tunjuk ajar?

saya juga tak punya kuasa untuk bercakap, siapalah yang ingin mendengar cakap orang yang tidak tsiqah ini. juga mempunyai communication problem. di potong sebelum habis berbicara.

yang paling penting segala tulisan saya adalah paling utama untuk diri saya. pembaca lain cuma di alu-alukan jika punya manfaat. jika hanya boleh menimbulkan ketegangan, sila berhenti.. tak berbaloi untuk sebuah blog yang kerdil.

'saya bukanlah orang yang tahu, sekadar memberi apa yang termampu, menjadikan ini sebagai lapangan perkongsian'


bulan lepas saya paling aktif menulis sebab ada sahabat-sahabat yang trigger indirectly. kalau tak, tak de orang pun datang kt blog ni.( walaupun sekarang tak banyak pun). terima kasih sahabat.


wallahu'alam


p/s; terperasan bahwa perjalanan lebih panjang dari pengajaran. huhuhu ubah2

Monday, December 7, 2009

transform..


saya pernah di tanye kenapa suka masa sekolah dulu. sekolah lelaki sahaja.
nak tahu apa yang saya jawab??
tak perlu iron baju. hahahaha...

sebenarnya bukan tu je. ada lagi...

paling penting sebab saya suka berkawan tanpa ada gangguan luaran. kawan yang akan menunjukkan dia yang sebenarnya. perangai, tingkahlaku, percakapan dan paling penting akhlaknya YANG SEBENAR.
tak mahu yang ciplak atau di tranform menjadi bukan dirinya.

saya amat tak suka bila kawan saya tiba-tiba berubah kerana faktor luaran. menjadi seorang kawan yang boring. tak original dan dalam pura puraan. saya jumpa mereka-mereka ini bermula masa matrik hingga sekarang. contoh faktor luaran yang paling terkenal adalah perempuan. mereka tiba-tiba menjadi orang yang saya tak kenal. lantas biasanya saya akan berlalu pergi.

kenapa mereka menjadi macam tu? adakah akhlak mereka sebelum ini teruk? ataupun segan? ataupun ada hati kat perempuan itu? jawablah sendiri.

bagi saya tak perlu semua itu. berubahlah bila keadaan memerlukan kita berubah. jangan kerana peribadi. tak tahu pula perempuan macam mana. kerana akhlak itu adalah manifestasi daripada apa yang kita didik dan buat. dalam konsep akidah akhlak adalah output setelah melalui input dan segala proses ibadah yang kita lakukan. jika di terima, maka jauh la dari maksiat perbuatan yang tidak elok. sampai bila nak berpura-pura. kalau berkahwin nanti macam mana? gelabah la..

"sesungguhnya solat itu mencegah daripada amalan keji dan mungkar"

sama juga kualiti sembahyang kita di depan orang dan bila kita sembahyang sendiri-sendiri. hitunglah sendiri. adakah kita berpura-pura dengan Allah. ingat Allah tidak tahu semua tu?

jika di sebut pasal akhlak banyak yang saya nk kupas tapi tak kuasa. kita kupas sikit-sikit nanti dengan contoh yang ada. jika anda menghayati hadis jibril pasti tahu makna akhlak itu. tapi itu hak peribadi masing-masing. teruskan jika mahu..

wallahu'allam

Sunday, December 6, 2009

aku perlu...


saya terjumpa gambar ini masa mengggunakan facebook. bagus jugak facebook ni. baru saya sedar yang saya tiada langsung gambar mase sekolah Maahad Muhammadi lilbanin dan masa kecil2. sedih sungguh. tak ada kenangan. bukanlah bermakna saya tidak ada kehidupan masa itu tapi memang tak ada kamera. hahaha..

saya masih teringat masa sekolah menengah kami sangat bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja. paling utama belajar. sebab saya PERLU bersungguh-sungguh untuk menjamin masa depan. pemikiran pada masa itu.

sejauh mana bersungguh itu???
sangat2.. bukan saya sahaja malah kawan2 yang lain pun sama. saya rindukan pada zaman itu. zaman kehimpitan oleh kerajaan. menghalang kami dari berjaya. mahu membuat kami menyesal kerana memilih sekolah agama arab. tapi kami tidak putus asa. cikgu pun sama. ada yang bekas engineer yang sanggup tinggalkan sebuah pekerjaan yang lumayan untuk mengajar kimia. dan ada jugak yang lain sanggup stay untuk mengajar kami walaupun gaji seciput. kami pula sanggup mengambil inisiatif mencari kelas tuisyen yang mempunyai cikgu-cikgu dari sbp dan mara. kalau hujung minggu mesti penuh bandar kota bharu dengan pelajar sekolah saya yang pegi tuisyen. semua itu sebab kami PERLU untuk berjaya.

bukan macam sekarang, penuh dengan kesenangan buatkan saya jauh tersimpang.

masa posting medicine, saya melihat banyak penyakit. keadaan- keadaan pesakit. kompilasi- kompilasi yang di terima dari penyakit. saya pun perlu belajar banyak. di sini datangnya kePERLUan oleh pesakit untuk menepati arahan-arahan supaya mereka tidak lebih sakit. dan mereka menepatinya kerana mereka PERLU menjaga kesihatan mereka.

tapi
saya pelik bilamana mereka yang berbuat maksiat tidak segan-segan melakukannya. mereka menderhaka Allah dengan sewenang-wenangnya. adakah mereka tidak yakin dengan Allah?? mereka tidak pernah dengar azab-azab yang di jelaskan dalam al quran?? sedarkah bahawa mereka PERLU mengikut perintah Allah untuk menjaga diri mereka??

diri sebagai hamba Allah...

wallahua'lam

Friday, December 4, 2009

wah!!


wah!!!
akhirnya siap satu lg tugasan daripada tugasan yang berlambak minggu nih. dah lame tak rasa busy/ sibuk macam ni. kalu sibuk dengan study tu perkara biasa tapi sibuk di tambah dengan hal- hal lain. best jugak kan sibuk2 ni. jalan laju2 depan macam orang penting la gamaknya. hehehe

saje je nk list hal2 yang di buat minggu ni.
1. long case ( exam dengan doctor)
2. case write up (macam assignment la)
3. hantar adik masuk uia gombak
4. uruskan kelulusan program kat bangi
5. teman family yang datang kl pg jalan2. hehehe
6. prk??
7. first meeting dengan organisasi
8. meeting jaksa
9. main untuk intervarsity game
10. surf internet??

teringat semasa berada kat ktsn, masa 2 setiap minggu adalah minggu yang busy. pernah untuk program untukmu palestin saya kena menghadiri meeting setiap malam dalam satu minggu. satu malam ada 2-3 organisasi sub tengah meeting. seronok2.

sejak berada dalam jaksa ktdi nih lain plak busynya. busy sorang2, semua kena buat sendiri, rancang sendiri dan duduk sendiri-sendiri. tapi tak lah seperti dulu. sekarang lagi rilek la. xd orang nk bagi kerja. rasa teringin nk buat kerja tapi dah bertimbun dan tertangguh dah pun.

kenapa suka dengan busy???

bukanlah suka tapi banyak yang kita dapat. paling penting ini semua yang mentarbiyah kita untuk masa depan. mana mungkin kita tiba-tiba dapat membuat keputusan , menyusun jadual semua. banyak lagi la yang kita dapat.

paling penting jugak, dengan kesibukan ni kita tidak lah lalai dengan perkara- perkara lain. memang dia dapat kita lupakan perkara lain sampaikan tak boleh tido. memang berkesan untuk saya.

so, busykanlah diri anda dengan sebaik baiknya dan jangan mengeluh dengan penat sebab tak layak pun kepenatan kita dengan kepenatan yang di hadapi oleh pejuang- pejuang agama yang lain. setitik pun tidak...

"ya Allah, sibukanlah aku di dalam jalanMu agar aku tenang berehat di syurgaMu"

amin

wallahu'allam

p/s: tengah pening2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...