Sunday, February 7, 2010

beku..



Beku, tu je perkataan yang sesuai dalam 2-3 hari ni. Rasa tak tahu nak buat apa sedangkan report masih tertunggak dan final exam ada 2 minggu lagi. Nasib baik jugak ada blog, boleh membuang masa.
Manusia ni lemahkan. Selalu ada limitnya. Selalu ada batasnya. Bukan semua kita dapat lakukan. Nak study pun kadang-kadang tunggu mood datang. Nak bekerja pun kena ada partner yang sesuai. Nak makan sekalipun perlu ada penambah rasa seperti kicap dan budu. Tapi semua itu dapat di ubah dengan kesungguhan. Kesungguhan itu datang dari mana? Datang dari kesedaran,Datang dari kecintaan, datang dari didikan.
Terpegun saya bila membaca buku ‘insan teladan sepanjang zaman’ tulisan TNGA menngisahkan sahabat nabi yang betul-betul bersungguh berjuang dengan rasulnya. Bernama Saad bin Muaz seorang daripada kalangan kaum ansar. Di ceritakan bahawa beliau telahpun tercedera akibat peperangan khandaq. Cedera parah tapi masih mahu bersama nabi untuk menentang kaum yahudi bani quraizah yang menkhianati nabi pada masa itu. Sehinggakan dia berdoa pada Allah:
“wahai tuhanku, sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang tersemat dalam hatiku. Bahawa tiada siapapun di dunia ini yang aku suka berperang dengan mereka kecuali kaum yang mendustakan dan menghalau rasulMU. Sekiranya masih ada lagi kaum yang hendak memerangi rasulMU maka janganlah Engkau matikan aku sehingga aku sempat berperang dengan mereka”
Dengan kesungguhannya, Allah memakbulkan doanya, lukanya beransur sembuh tapi masih dalam keadaan uzur. Dan bersama-sama nabi beliau mengepung bani quraizah sehingga mereka mengaku kalah. Setelah itu beliau meninggal dunia si sebabkan luka semasa perang khandaq.
Hebatkan. sahabat-sahabat nabi berjuang tanpa jemu mempertaruhkan darah dan nyawa. Dan kita sering jemu berjuang dengan mempertaruhkan pen dan buku. Apa lah sangat kalau hendak di bandingkan. Bagai langit dan bumi. Cuba bayangkan dengan keadaan kita sekarang berada di tempat sahabat-sahabat terdahulu. Malu rasanya…
Jom kita sama-sama berjuang untuk peperangan yang paling dekat sekarang ni. Exam just around d corner. Study2, jangan jadi beku lagi. Panaskan… gogogogo!!
Kadang-kadang lidah terlanjur bicara,
Hati berkata tanpa suara,
Tangan menulis tak tentu hala,
Kaki tersepak kat mana-mana,
Mohon maaf atas segalanya,
Sungguh Saya insan lemah tak bermaya,
Moga bersama mencapai cita-cita,
Menjadi pejuang yang Berjaya.


p/s: all d best exam. bittaufiq wa najah. post terakhir mase2 kritikal.
assalamualaikum..

2 comments:

Anonymous said...

mije...studi cepat..dah tggal 2 mggu lagi nie...maju jaya bersama

Unknown said...

igt2kan aku selalu mase study week..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...