Wednesday, February 24, 2010

katanya LILLAH..


kalau kita selalu bergaul dengan 'budak surau' selalu dengar setiap apa yang di buat LILLAH taala. kan? sedap bunyinya. senang hati mendengarnya. tapi syaitan tak akan membiarkannya begitu sahaja. takkan dia diam sahaja. takkan dia langgar sumpahnya di hadapan Allah s.w.t. apa jua cara sekali pun akan dia usahakan.

saya pernah terpedaya. selalu dengar cerita baikkan. kali ni cerita jahat pula.

 
baru baru ni sahabat mengingatkan saya tentangnya. saya pernah bercinta. maksudnya bercinta dengan manusia.  mungkin ada yang tahu dan pernah nampak terutama masa matrik.

cinta yang bersemi sejak tingkatan 2 persekolahan. darahnya muda dan bergelegak. orang bercinta kita pun nak bercinta. lebih kurang keadaan masa itu. kerana kami beraliran agama maka terbitlah kata cinta kerana Allah. indah saat bercinta ni. semua keadaan dalam kegembiraan. semua lagu yang berdendang menceritakan pasal kami. tambah-tambah nasyid cinta.

cuba juga untuk tidak berlebih-lebihan tapi tak mungkin. masa ni lah saya kenal seorang wanita. kenal dari segi perasaan, jiwa dan lain-lain.( tak semestinya betul). hubungan ini juga cuba di pertahankan sehingga jinjang pelamin. kerana mengharapkan hanya sekali bercinta untuk seumur hidup. sampailah pada tahun satu perubatan. terpaksa di putuskan. rasa itu yang terbaik. dan dia sekarang sudah punya pasangan lain. semoga gembira sepanjang hayat.

usaha syaitan dalam mensahut manusia banyak caranya. berlainan mengikut 'mad'u' nya. jika kita seorang yang mengenali agama, maka mungkin agama itu akan di gunakanya. jika kita seorang intelect maka intelect juga di gunakannya. kita percaya pada fitrah, firtahlah yang di gunakanya dan juga sebaliknya. yang penting perlu ingat bahawa mereka tak pernah putus asa.

bagi yang pelajari tasauf, ada kisah masyhur bagaimana syaitan itu menghasut.

di ceritakan ada seorang ahli ibadat yang sangat kuat ibadatnya. terkenal dengan hebatnya. sehingga ada yang mengatakan beliau mempunyai keramat. tiada siapapun dapat menandingi amal ibadat yang dilakukan. sehingga pada suatu malam, setelah tiada orang melainkan beliau yang sedang beribadat dan seorang manusia yang beribadat di hadapan beliau. selasai beliau melaksanakan ibadatnya, beliau melihat orang itu masih berdiri sembahyang.

maka terdetik hatinya, tak pernah dia terjumpa orang yang lebih kuat beribadat darinya. siapakah orang ini. seusai orang itu melaksankan ibadatnya terus beliau bertanya.

bagaimanakan kamu dapat beribadat dengan begitu kuat?

malu saya nak ceritakan tapi dulu saya pernah buat salah dengan Allah, ia menjadikan saya lebih kuat beribadat bila mengenangkan kesalahan yang telah saya lakukan

di pendekkan cerita orang itu menyuruh beliau melakukan kesalahan kemudia bertaubat. itu membuat dia lebih menghayati ibadat yang di lakukan. lalu di fikirkan apa kesalahan yang patut di lakukan dan tak membabitkan orang lain. dan akhirnya beliau mati di bunuh dalam keadaan berdosa.

panjang ceritanya tapi saya ringkaskan bg mengelak kebosanan.

berhati-hatilah dengan setiap gerak langkah. gunakan ilmu dan iman . sungguh, syaitan tidak akan hilang dan putus asa sehingga hari kiamat

 
"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang Menyala." (35:6)

setiap perbuatan kerana Allah taala...

wallahua'lam

p/s: -ramai yang berkata pasal cinta macam hanya cinta je fitrah pada manusia. apa kamu tahu pasal fitrah??
      -orang kata lelaki mahukan cinta pertama perempuan dan perempuan perlukan cinta terakhir lelaki. betul ke?

10 comments:

Anonymous said...

oh...pernah bercinta rupanya....hahaha

Unknown said...

amboi.. buat2 tanya pula.

Anonymous said...

btullah aku x tau...aku pun tertnya2 lah...hahaah

Anonymous said...

crilh kak ipa y trbaekk,,!
huhuuu..
*wink2*

Unknown said...

aduh. demo la carikan. hihihi

Anonymous said...

Salam..alhamdulillah atas perkongsian berguna. Semoga mnjadi peringatan dn pembaca dpt mengambil ibrahnya. InsyaAllah. Teruskan menulis sahabat..

Anonymous said...

salam..

pembaca sekalian,

jangan dipandang kesalahan yang pernah penulis lakukan...

pandanglah kebaikan yang penulis usahakan..

semoga kekuatan iman sentiasa milik bersama sahabat..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

terima kasih anon2 sekelian.
moga apa yang nk saya sampaikan sampai.
moga ada manfaat..

Anonymous said...

Salam...

tgh boring2 terdetik hati nk layan blog shbat2.. manusia mmg hamba yg lemah, pasti penah tersasar.. termasuklah empunya diri..
cuma sy teringatkan ceramah dr seorang ustaz, tp x ingt sape namenya... ad sorang pendgr bertanya, knapa kdg2 kita tgk ahli agama pun bleyh tersasar, kdg2 melakukan apa yg dilarang oleh Allah s.w.t sedangkan mereka mempelajari agama.. seharusnya mesti mereka punya lebih daya ketahanan...

jawapan yg diberi oleh ustaz sgt simple, ahli agama ujian dia berbeza sikit.. bila seseorang itu lebih tinggi ilmu agamanya, syaitan yg dtg menghasut pun bukanlah syaitan pangkat askar bawahan, tapi pangkat mejar, leftenan kolonel.. Big boss la sng kata... sbb tu kdg kala ujian mereka lebih hebat..

semoga bermanfaat walau hanya sebesar zarah.. niat dihati bukan nk mencari salah/keburukan sesiapa.. sekadar ingin berkongsi ilmu yg penah dikutip.. setiap manusia pasti punya saat kejahilan masing2..

wallahua'lam...
wassalam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...