Thursday, January 28, 2010

prk: realiti dan harapan


Dalam penulisan ni saya ingin menjadi pemerhati. Menjadi se-neutral yang mungkin. Jika tersilap sila bagitahu. Mana mungkin saya boleh cover semua dengan betul. Mesti ada biasnya. Menjadi pemerhati bukan mudah. Ada sahaja di rasakan tak betul. Sebab itu mane ada pemerhati politik yang boleh kita dengar kat Malaysia ni. Setiapnya pasti ada kepentingan. Kalu tak ada maksudnya tak terkenal lah.
Jika prk menghampiri, ramai yang tertanya apa prk ni? Tak ada fungsi pun. Tak Nampak perubahan pun. Apa tu aspirasi? Apa tu gabungan mahasiswa? Ramai yang tak tahu. Yang tahu mereka yang terlibat dalam tu lah. Dan masing-masing cuba untuk mempromotekan diri dengan pelbagai cara.

Apa tu PRK?
Prk ni kalau nak senang di terjemah macam pru la. Pru pun tak tahu? Pilihanraya umum la. Pelajar kita memang jahil sebab tak boleh berpolitik. Disini pelajar di beri kebebasan untuk memilih mereka yang akan menjadi suara mereka kepada pihak pentadbiran. Suara mengenai kebajikan, akademik, kerohanian dan sebagainya. Serba ringkas.
Apa pandangan orang dengan prk?
Disini saya boleh meng’list’kan beberapa golongan yang ada pada pengamatan mata yang kecil dan berspect ini.
1. Mereka ini lebih kepada tidak mahu involve dan tak mahu ambil tahu pun. Sampai masanya mengundi dengan menilai pada wajah seseorang atau tak mengundi lansung. Mereka ini biasanya seorang yang skema dan study 25 jam. graduate je yang ada depan matanya.
2. Mereka ni merasakan politik ini ‘kotor’. Tak mahu sokong. Mana-mana pun tak mengapa asalkan dia boleh meneruskan urusannya.maaf saya katakan , anda pentingkan diri sendiri.
3. Mereka ini semangat dengan prk. Sehingga kadang-kadang berlebihan. Matlamat mereka cume di sini. Buat apa pun tak pe asalkan menang. Menghalalkan segalanya, buang budi dan pekerti. Katanya demi itu dan ini. Disini pula dapat di bahagikan kepada 2 bahagian pula
4. Mereka ini merasakan prk ni memecahbelahkan manusia. Menjadikan kawan kepada lawan. Mempuakkan dalam satu fakulti dan satu university. Maaf saya katakan anda masih banyak yang tak tahu.
Mana satu pilihan hati?
Bila ada pilihan raya, pasti ada 2 pihak kan. Kalu tak macam mane nak lawan. Biarpun dalam peraturan mengatakan semua bertanding atas individu, itu sume atas kertas je. Tak kira yang buat peraturan atau yang mengikut peraturan.
Saya tertarik bila ada sahabat lama saya membuat teori 1 majikan 2 pekerja. Sama sahaja di sini. Terdapat seorang majikan dan di bawahnya ada 2 pekerja. 1 pekerja ni di beri dengan pelbagai kemudahan. Elaun kereta, rumah dan bonus. Yang seorang lagi dapat gaji pun lambat. Kadang-kadang di tindas oleh pekerja yang pertama walaupun pangkatnya sama (pelajar). Persoalannya kenapa jadi demikian? Apa hubungan majikan dengan pekerja yang pertama? ada agenda tersembunyikah? Apa kesalahan pekerja yang kedua?
Berkali-kali saya cuba untuk menulis mengenai aspirasi dan gabungan tapi tak boleh. Tak boleh menerangkannya in appropriate way. Mungkin sebab itu ada orang tak setuju dengan isu ini. Saya berkawan dengan semua, semua orang ada peluang untuk berubah. Jika mahu tahu, sila perhatikan sendiri dengan teori yang saya kemukakan di atas.
Bagaimana memilih? Itu persoalannya. senang kata…
pilihlah yang benar-benar bersungguh membawa hak pada anda. Pilihlah mereka yang mampu bagi anda. pilihlah mereka yang boleh membawa perubahan pada anda agar tidak berada bawah tempurung. Pilihlah mereka yang tidak punya kepentingan lain selain anda. pilihlah mereka yang faham masalah anda. pilihlah mereka DIKALANGAN ANDA.
Semua di tangan anda. undi anda sangat berharga. Jangan lepaskan walaupun satu. Mereka perlukanya untuk melakukan perubahan.
p/s: saya pun tak mahu melihat perpecahan lebih-lebih lagi sesame muslim, tapi ‘mereka’ yang buat kita jadi begitu. Sedih2..
lmbat post sebab xde tenet. sedih

2 comments:

Anonymous said...

bagaimana dgn golongan yg di 'modified' drpd no. 2 : merasakn politik ni 'kotor' krn byk sgt menonton kekotoran politik yg dipertontonkan di negara as a whole, but masih menyokong dan mengundi yang lebih berkaliber untuk mewakili kita? means dat, undi ikut kredibiliti individu, bkn atas dasar parti? (sorry mizan, pjg plak..)

Anonymous said...

tu kena buat kategori baru. kna tgok definisi kaleber org tu plak. byk no plak jdnya nt.. mizan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...