Sunday, December 27, 2009

what motivate you??


dalam posting medicine yang lepas saya suka sebab tak ada pressure seperti dalam posting o&g walaupun ia lebih banyak yang perlu belajar. saya cukup kagum dengan supervisor kumpulan saya iaitu dr andrea. seorang specialist dalam respiratory. saya kagum dengan semangatnya membuatkan saya hairan dan sayang padanya.

tahun klinikal tidak seperti tahun pra klinikal. boleh saya katakan tahun klinikal merupakan tahun yang tough dan tidak adil. mana tidaknya, kami kena belajar sendiri tanpa jadual yang spesifik. kalu yang dah biasa kerajinannya mungkin tak ada masalah. tapi bagi orang seperti saya yang perlu melawan nafsu tido yang memanjang mungkin payah. di sinilah hadirnya peranan seorang supervisor. seorang supervisor diberi untuk setiap sepuluh orang student. supervisor ini lain dari segi jawatan, kepakaran dan paling penting kesibukannya.

saya bersyukur kerana di anugerahkan seorang doctor yang sangat bersemangat. bersemangat dalam mengajar kami. sehingga kami biasa balik dalam pkul 7, terpaksa berkejar-kejar untuk solat dan suka buat joke.

tapi saya hairan,
kenapa dia begitu bersemangat?

sebab nak tengok kami berjaya?

atau bersaing dengan pensyarah lain?

rasa tanggungjawab?

elaun?

motivasilah yang selalu membuatkan seseorang itu bersemangat. apa maksud motivasi ni? berasal daripada perkataan motive/motif iaitu TUJUAN. atau maksud ringkas adalah PENDORONG. sedar atau tidak sebagai orang islam kita banyak di motivasikan oleh Allah.

Allah maha mengenal kepada setiap ciptaanNya. Dia tahu manusia ini selalu lemah semangat. kadang-kadang rebah tersungkur di tengah jalan. manusia ini selalu lupa. frust bila tak dapat apa yang di mahukan. cepat bosan dengan kerja yang di lakukan. betul tak?

sebab itu Allah banyak bersabda dalam Al quran tentang nikmat-nikmat di dunia ni. supaya kita terus mencari dan tidak bimbang untuk hidup. untuk kita terus bersyukur dan berpegang pada tali Allah. lepas itu Allah menyatakan lagi bahawa nikmat di akhirat lebih-lebih lagi dan kekal abadi.supaya kita tidak lalai dengan nikmat dunia. supaya kita lebih bekerja ikhlas kepada Allah. tidak mudah putus asa. meningkatkan produktiviti.

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Q.s. an-Nahl: 18).

“Dan tidak ada kenikmatan yang ada pada kalian kecuali datangnya dari Alloh.” (QS. an nahl 3)

cantikkan didikan Allah. setiap suruhanNya pasti di sertakan ganjaran. sebab itulah sifat manusia pada asalnya. memotivasikan kita dalam melakukan semua perkara. kerana semua perkara daripada terjaganya dari tidur hingga kita tidur adalah kerana Allah('alamiyah).

semasa perjuangan nabi, Allah memotivasikan nabi muhammad dengan menurunkan wahyu mengenai perjuangan nabi-nabi terdahulu. bagaimana mereka itu berdakwah siang dan malam dalam jangka masa 950 tahun. diancam bunuh. membuatkan nabi berasa ujian yang di terima cuma sedikit.

kita sekarang macam mana?

pernahkah kita merasa di motivasikan Allah? dengan segala ganjarannya adakah kita terasa?
jika benar,kita sebagai umat islam tidak akan begini. layu, tidak tepati masa, buat kerja ala kadar sahaja, berkira.

islam telah sempurna dari setiap segi, cuma tinggal penganutnya sahaja untuk mengamalkannya. jadilah akhirat sebagai tunjang segala motivasi kamu kerana ia benar. berubahlah menjadi seorang muslim yang bermotivasi.

saya doakan dr andrea supaya di buka hati oleh Allah kerana orang sepertinya amat di perlukan untuk tegakkan syiar islam.

amin...

“Mereka mengetahui nikmat-nikmat Alloh, (tetapi) kemudian mereka meningkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir.” (QS. an nahl 83)

wallahu'allam

p/s: ke tanjung karang untuk 8 minggu. posting terakhir

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...