Friday, May 7, 2010

lesen judi..

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

asli capital market summit 131107 awang adekTimbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

worldcup2006 cup 100606 germany costaBeliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.
sumber: malaysiakini


-tak faham la dengan cara org islam ni mentadbir.. negara islam la sangat..
duit haram dapat rakyat malaysia nikmati bersama.

5 comments:

ana said...

arak dan judi terang2 dah haram dlm quran..

pelik bin hairan bagaimana mereka beranggapan membenarkn perjudian sebagai sesuatu yg legal untuk 'mengawal' aktiviti perjudian tersebut

astagfirullah!

Unknown said...

memang dari dulu peliknya mereka punye pengurusan.. elak hiv bg kondom ngn jarum suntikan. lebih kurg sama la dgn yg ni..

WanitaMustanir said...

lagi satu, mereka nih tak ambil Islam utk menyelesaikan sesuatu masalah..

Semuanya berhukum mengikut akal semata-mata tanpa merujuk Al-Quran dan as-sunnah..

Unknown said...

betul2.. bler org yg jahil di sanjung, ulamak di ketepikan..

ni'am said...

negara islam hanya pada perlembagaan..infact rakyat m'sia 65%islam 35%non-islam...dalam 65% tuh pon less than half "practiced" a muslim life...x gune bro politik lebih2 ceramah berapi2 tp penyokong x der

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...